Sekapur Sireh Seulas Pinang


saudara saudari semua,
Alasan mereka kepada saya mudah sahaja, “tiada wang!” “ banyak komitmen!" “ nanti la dulu!” sudah seringkali saya dengar…bila mereka kata tiada wang, ini bermakna, mereka akan lebih lagi tidak mempunyai wang apabila keadaan yang tidak diduga berlaku! didatangi penyakit, kemalangan, tinggal dihospital, tiada kerja/ dibuang kerja, duit simpanan habis…silap haribulan, kawan-kawan dan sanak saudara menjauhkan diri mereka dan akhirnya ada banyak masalah lain yang akan mereka terima…

Walaupun banyak cerita sudah tersiar sebagai pengajaran mengenai kehidupan orang lain, yang terpaksa hidup menderita akibat musibah yang menimpa mereka, masih ramai lagi (terutama orang melayu kita sendiri) yang ingin berfikir panjang untuk mengambil pelan perlindungan insurans bagi diri sendiri dan keluarga yang tersayang. setelah didatangi penyakit barulah mula menghubungi saya untuk mengambil dan mendapatkan perlindungan dari syarikat insurans ING…bukan saya tidak mahu menolong, tetapi memang saya dah tak boleh nak tolong. Ianya dibawah kuasa saya…apa yang peliknya, ada pula wang bila dah ada penyakit! Mereka ini, mungkin tidak peka yang sebenarnya, pelan perlindungan dari syarikat insurans hanya boleh diambil semasa 100% sihat! mengapa mereka tidak peka agaknya? apa yang dapat saya rumuskan dari pengalaman saya, mereka ini kurang atau mungkin tidak mendapat pendedahan langsung tentang pentingnya memiliki pelan perlindungan diri & keluarga atau mereka akan lari apabila didatangi wakil insurans , pepatah melayu ada menyatakan "sediakan payung sebelum hujan" pasti satu hari nanti mereka akan tahu yang ianya bukanlah satu ungkapan kosong. Selama 6 tahun saya di syarikat insurans, hampir 95% pemohon/pelanggan di bawah jagaan saya telah membuat tuntutan dan memerlukan perlindungan dari syarikat insurans ING. ianya memang suatu yang berbaloi kerana pasti mereka memerlukan faedahnya suatu hari nanti. ini bermakna setiap orang harus dan mestilah membuat persedian awal bagi memiliki perlindungan insurans untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.
bagi yang telah mempunyai perlindungan insurans diucapkan tahniah! kepada yang masih mencari-cari perlindungan insurans,anda boleh mulakannya disini bersama saya.terima kasih.



Sila berikan komen anda dibawah.terima kasih.

No comments:

Post a Comment